Terma & Syarat

1. Terma dan Syarat-Syarat

Pakej Kad Kahwin menerusi website “https://www.kadnikah.com” menawarkan perkhidmatan mencetak kad kahwin, banner, banting, backdrop, petunjuk arah, cenderahati dan sebagainya secara online (atas talian) untuk kemudahan pelanggan. Dengan membuat tempahan dengan kami pelanggan bersetuju dengan segala terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan.

2. Barangan dan Perkhidmatan

Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.

Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk siap. Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas.

Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100 peratus tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu kad. Setiap cetakkan kad kahwin kami menggunakan meterial kertas jenis Gienah Premium Card 230gsm.

Untuk peta lokasi, anda digalakkan membuat lakaran tangan atau map sedia ada daripada kad lain untuk rujukan kami lukis semula. Untuk Google Map/Share location yang terlampau luas & crowded, kami akan ringkaskan map tersebut supaya muat dalam kad kahwin.

3. Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Setiap tempahan akan diproses setelah bayaran penuh dibuat. Kad tidak akan dicetak jika bayaran penuh tidak dilakukan.

4. Tempoh Siap

Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan draf rekabentuk dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja. Manakala tempoh siap cetakan adalah dalam 14-17 hari waktu bekerja. Pelanggan dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera. Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya. Tempoh pindaan yang diperlukan ialah 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada maklum balas berkenaan.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan sekuranya dua bulan lebih awal dari tarikh majlis untuk mengelakkan sebarang kelewatan. Anda boleh hubungi pihak kami melalui whatsapp (010-5756765) untuk mendapatkan perkembangan proses tempahan.

5. Penghantaran

Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat. Untuk urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier SkyNet, Ninja Van, J&T dan Citylink sahaja. Untuk penghantaran kad kahwin kami hanya menggunakan Ninja Van sahaja.

Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh pihak courier untuk memudahkan anda membuat semakan. Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi.

Penghantaran kebiasaanya mengambil masa di antara satu, dua atau tiga hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan courier di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.

6. Risiko

Penghantaran melalui courier dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak courier.

7. Waranti

Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada pihak kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

8. Had Tanggungjawab

Kami akan bertanggungjawab di atas segala proses pembikinan artwork dan draf. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak hasil draf kad yang telah kami siapkan. Pelanggan dinasihatkan menyemak keseluruhan maklumat dengan teliti. Jika terdapat perubahan sila maklumkan secara bertulis atau email kepada kami. Sekiranya draf rekabentuk dipersetujui dan telah dicetak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa jua kesilapan walaupun kesalahan tersebut datangnya dari pihak kami atau pihak anda sendiri. Selepas draf rekabentuk dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami mencetak barangan yang ditempah. Kami akan bertanggungjawab sekiranya tempahan berlainan dengan hasil draf rekabentuk yang telah dipersetujui. Kami berhak mengantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah pihak kami lakukan.

9. Pembatalan Tempahan

Pembatalan tempahan boleh dilakukan oleh pelanggan, duit akan dikembalikan kepada akaun pelanggan sekiranya pembatalan dibuat sebelum proses design dijalankan. Sekiranya pembatalan dibuat selepas proses design, duit telah dibayar tidak akan dikembalikan kepada pelanggan. Pembatalan tempahan juga boleh dilakukan oleh pihak kami dan duit akan dikembalikan kepada akaun pelanggan.

10. Maklumat Privasi

Maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan pelanggan. Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga.

11. Penggunaan Semula

Kami berhak menggunakan tempahan yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web ini atau pun di guna pakai sebagai contoh jualan. Kami juga berhak membawa contoh kad pelanggan kami untuk dipamerkan di pameran yang mungkin bakal kami sertai kelak.

(Kemaskini terakhir: 1 Nov 2019)